Rabu, 30 Oktober 2013

ALKISAH TENTANG HATI

 


TANDA2 HATI KOTOR

  1. Gelisah walaupun tiada masaalah
  2. Selalu berbangga dgn diri sendiri
  3. Angkuh dgn memandang hina terhadap semua org
  4. Sombong dan bongkak
  5. Selalu mengintai keabaian org & menyebarnya
  6. Suka mengumpat & membuka aib org lain
  7. Gembira melihat org lain susah & rendah drpd dirinya
  8. Lidah yg tajam atau tidak menjaga hati org
  9. Suka menyakiti hati org dgn sindiran
  10. Berlagak alim semata2 utk dipuji org
  11. Menyampaikan ilmu dengan riak
  12. Menganggap diri lebig hebat drpd org lain
  13. Berpakaian elok utk dipuji
  14. Derhaka kepada kedua ibu/bapa
  15. Talam dua muka -manis di depan sahaja
  16. Suka menjatuhkan & memijak org dgn kuasa yg ada
  17. Solat yg tidak boleh khusyuk
  18. Kagum terhadap diri sendiri
  19. Selalu mencari salah org
  20. Cintai kepada duniawi & materiallistik
  21. Mudah bersangka buruk terhadap org
  22. Membesar2kan hal yg remeh temeh
  23. Suka bergosip 7 menabur fitnah
  24. Menggunakan agama & berdengki atas perkara duniawi
 
MEMGUBATI HARI YANG KOTOR
 
1. Solat 5 waktu yg sempurna setelah berwudhu dgn sempurna, banyak berdoa " Ya Allah bersihkanlah hati ku
2. Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w ( min 100x ) sblm tidur.-Dapat tenangkan akal & fikiran serta membawa banyak kebaikan
3. Lakukan solat taubat - dapat menenangkan jiwa & mencuci hati
4. Membaca Al-Quran -mencuci , menenangkan ,menyembuhkan & terapi terbaik dlm hidup kita-
sekurang2nya bacalah Qulhu-Allah sebanyak 3x
5. Sentiasa bermaafan jika memerlukan
6. Bisikan dlm hati & diri perkara yg positif saja
7. Berpuasa- dapat menahan & mendidik diri kita jadi lebih tenang & menghindari kejahatan
8. Sentiasa ingat tentang mati
9. Kekalkan Wudhu
10. Bersedekah, belanja org makan
11. Sentiasa menjaga makanan -halal & suci serta tiada unsur syubhah,Makanan membentuk hati kita
12. Berkawan dgn ulama
13. Berkawan dgn org miskin- dapat meginsafi diri kita
14. Sentiasa berpesan2- supaya menjadi org yg lebih baik
15. Menjaga pancaindera - elakan mengumpat ,fitnah & elak diri dr golongan yg sebegini
 
 
BERPESAN-PESAN ADALAH AMALAN YANG BAIK
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 23 Disember 2012

MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.     Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 
2.     Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. 
3.     Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Selasa, 7 Ogos 2012

KISAH MOTOR

Motor yang baru dibeli sudah hilang, perasaan aku sakit sangat hati dan bercampur geram.Tidak tahu apa yang nak di kata lagi, hilang semua kata-kata ,terlalu sedih apa yang berlaku, kenapa kejadian ini berlaku pada aku.Aku tahan kesabaran, memandangkan sekarang ni bulan puasa .. hanya air mata yang tidak dapat di bendung lagi . walaupun aku cuba untuk menahan , namun ia tetap mengalir .deras...
      Ibu , boleh tolong along tak? masih ku ingat kata-kata anak sulong .Mmmmm .. ada apa? Jawab ku ringkas.Along dah tengok motor kat Taman Permai tu, along suka la EX5 tu,...'Tengok la nanti 'kata ku lagi. Telah aku fikir-fikir kan , jika beli  senang untuk along pergi dan balik dari kolej ... senang untuk beli barang-barang keperluan di Bandar Kangar .
         Aku pun buat persediakan keperluan untuk urusan beli motor, Abah bayar kan duit pendahuluan Rm 200.00 , untuk process kata nya .Senyum  sampai ketelinga aku nampaknya Along .Sampai masa motor pun boleh dibawa pulang. Along rasa macam tak boleh tidur aje.. risau dengan motor tu. takut kena curi, sebab EX5 ni panas ...( selalunya banyak kes kecurian ) .
      Along part time kat Felda , masa ni cuti ..bulan Ramadhan dan nak sambut raya . Hari ni Along kerja tak? ' Kerja ', masuk pukul 10 pagi . Bila aku dah sampai ker Office Along sms beri tau , yg dia kan kerja sampai petang saja , aku balas sms , kata ok saja .
     Aku pulang dari kerja , tengok Along belum balik lagi, so aku tanya husband .
Abah , along tak balik lagi ker?  Abah kata belum, agak nya dia kerja sampai malam kot? Tadi dia sms kat ima , kata kerja sampai petang saja .Biasa jika sampai petang pukul 3 , tentu dah sampai ke rumah."Agaknya dia lanjutkan kerja sampai malam" , kata Abah. Aku pun diam , dalam hati mungkin juga kata-kata husband aku ni.
        Tepat pukul 11 malam Abah dapat call dari Along , Aku nampak muka Abah berkerut sambil bercakap .Kenapa bang? aku tanya . Cepat abah jawab, Motor hilang.. AAAHHHHHH aku tak tentu arah rasanya ... macam tak percaya ,adoi ' sakit nya hati, campur sedih...sedih yang amat sangat ..Baru empat hari beli motor dah hilang..Aku dengar husband cakap dengan Along akan ke Balai Polis sekarang buat report . Malam itu aku tak dapat tidur nyenyak..
     Along tak nak dengar cakap Ibu , Abah , sebab tu jadi macam  ni .Sentiasa kunci motor , Abah dah banyak kali pesan .Sekarang ni dah menyusahkan Ibu , Abah. Kata husband aku berkali-kali ...Husband buat report kali ketiga di Jalan Ampang  , dan buat urusan claim insurant ,,, tak tau macam mana lagi dapat atau tidak.. Ya Allah Engkau permudahkan segala urusan ini...Aminnnn
          

Khamis, 5 Julai 2012

BERZIKIRLAH SETIAP HARI SEMOGA DIBERKATI

Sesiapa yang beristaqamah wirid setiap harian ini , insya- Allah akan diberkati hidupnya dan dikekalkan taufiq dan hidayah serta mati dalam iman .
Hari Jumaat
Ya Allah

Hari sabtu
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah



Hari Ahad
Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri (tidak perlu kepada pertolongan)


Hari Isnin
Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Kekuasan Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung


Hari Selasa
 Ya Allah, Rahmatilah Ke Atas Nabi Muhammad  S.A.W

Hari Rabu
Aku Memohon Keampunan Kepada Allah TuhanYang Maha Esa.

Hari Khamis
Maha Suci Allah Yang Maha  Agung Dan Segala Puji Untuk-NYA